Wednesday, October 5, 2016

Kenangan Ogos & Sep. 2016

Bismillah.

Sudah beberapa ketika agak lama saya tak menulis di ruangan ini. Hampir setahun sudah. Alhamdulillah kali ni teringin nak berkongsi beberapa kenangan si faqir tak seberapa. Niat saya lillahi ta'ala sebagai menzahir nikmat daripada Allah dan berkongsi info / maklumat sekadar sedikit yang saya tahu. Memang menjadi rukun apabila berkongsi sesuatu, bahwa yang diharapkan, adanya manfaat dalam setiap perkongsian tersebut. 


Ziarah Dato' Syeikh Abdullah al-Bukhary & Tn Guru Tok Ayah Hj Mad Isa bin Hj Yahya, Gerik.

Dato' Syeikh Abdullah al-Bukhary

Tn Guru Hj Mohammad Isa bin Hj Yahya, Gerik


Salam AidilAdha...





Sempena Raya Aidiladha 1437H, saya sekeluarga pulang ke kg. halaman, di Kg. Raja, Besut, Terengganu. Sempat saya berjalan-jalan melihat keadaan sekitar Kg. Raja ini. 5 tahun lamanya saya tak ke sini sejak nenek saya, Wan Zabidah bt Wan Ali tinggal bersama kami di P.Pinang. Pada 1 Ogos lalu, beliau telah kembali ke rahmatUllah, barulah kami pulang Kg. Raja bagi menziarahi al-Marhumah yang dikebumikan di sana.



















 Untuk Biografi Tn Guru Hj Omar Besut, Sila Klik Di Sini





Seterusnya sekembalinya saya dari kg, sahabat dari Melaka berkunjung ke Kedah 2 buah kereta bersama keluarga beliau termasuk datuk dan neneknya bagi menziarahi ulama' permata negeri jelapang padi ini. Ini kali ke-2 mereka datang selepas kali pertama pada pertengahan tahun 2015.

Antara alim ulama' yang sempat kami ziarah bersama :

  1. Tn Guru Syeikh Hj Abdul Hamid bin Ismail @ Syeikh Pak Su Mid Bukit Tembaga
  2. Dato' Syeikh Hj Ahmad bin Noor, Kuala Nerang
  3. Syeik Faiz bin Dato' Syeikh Hj Ahmad bin Noor
  4. Baba Syeikh Hj Ahmad Azhari, Gulau
  5. Makam Allahyaram Tn Guru Hj Soleh bin Musa, Sik


Kenangan.. Baba Syeikh Hj Ahmad Azhari. Gambar pada 15 Sep. 

Friday, November 27, 2015

Beberapa Kenangan 10 - 27 Nov 2015

Alhamdulillah pada cuti mid-sem yang lalu dengan izin Allah dapatlah jua saya bersama adik, Muhammad Hafizuddin menziarahi Baba Hj Ahmad Azahari Gulau pada petang 10 Nov. Pertemuan yang tidak dirancang oleh kami tetapi sememangnya takdir Allah pada azali itu amatlah bermakna lagi menggembirakan hati kami.




Baba Hj Ahmad Azhari Gulau. Kata Baba, namo ambo cuma Azhari tapi ambo tamboh Ahmad di depan sebab nok tabarruk dengan nama Nabi. Dalam pertemuan lebih sejam, sempat kami tabarruk Tareqat Ahmadiah daripada Babo yang beliau terima daripada Syeikh Hj Daud Bukit Abal. Kami membaca aurad Tareqat Ahmadiah tersebut di hadapan beliau & Babo mensyarahkannya serba sedikit. Antara nasihat Babo, akhir zaman ni kena banyak beramal smada dengan zikir khas (tareqat) mahupun am. 


[ Khamis, 12 Nov. ]
Tabarruk doa daripada Tn Guru Syeikh Hj Ahmad bin Tuan Hussein Kedah al-Banjari melalui ijazah daripada Ustaz Hj Haroon @ Pak Su Hj Haroon merupakan murid kepada mantan Mudir Madrasah Khairiah Islamiah yang tersohor tersebut.


[ Jumaat 13 Nov. ] 
Ziarah mahabbah 'Arif Billah Syeikh Hasan Tayyib al-Makki, murid Pak Da' Eil Makkah, Syeikh Hasan Masysyat dan lain-lain. InsyaAllah akan saya sediakan satu slot khas memuatkan segala nasihat alim ulama' yang diziarahi bersesuaian dikongsikan pada umum dengan izin tuan-tuan guru.



[ Sabtu, 14 Nov. ]
Bawa adik-adik saya, Muhammad Fawwaz & Muhammad Fauzan menziarahi ulama' tua di PPinang, Dato' Syeikh Abdullah al-Bukhary dan beberapa makam ulama' di sana.



Ziarah Makam Syeikh Omar Basheer, mursyid Naqsyabandi Kholidi yang tersohor suatu masa dahulu. Makam tercantik di Pulau Pinang ini terletak di Kg. Pertama, Jalan Ayer Itam.


Ziarah Makam Sayyidina Kaful Ali @ Kabul Ali. Menurut riwayat, beliau seorang soleh berasal daripada Afghanistan.


[ 21 & 22 Nov. ]
Daurah Kitab 'Untukmu Bidadari' : Perbahasan Mengenai Haid, Istihadhah & Nifas yang disyarahkan dan ijazah oleh Ustaz Ashiq Elahi bin Mat Desa daripada Ma'ahad AL-Fathoni, Bukit Kobah. Beliau terima syarah dan ijazah kitab itu daripada Kiyai Syeikh Hj Muhammad bin Abdul Qadir daripada Kediri, Indonesia.


Ustaz Aizuddin selaku wakil daripada Institut Penerangan dan Penyelidikan Kajian Fatwa Sedunia (INFAD) berkenan memberi cenderamata kepada Ustaz Ashiq. Sememangnya program ini merupakan anjuran Pelajar Tahun 2 Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM bersama INFAD. Ahamdulillah.



Dibelakang saya, Farid Wajdi selaku Pengarah program Daurah Kitab 'Untukmu Bidadari' selama dua hari tersebut.


Sebahagian ahli team yang menjayakan program kali ini. JazakumUllah !


[ Jumaat 27 Nov. ]

Menziarahi Makam Tok Botok atau nama sebenarnya ialah Tok Sheikh Mohamad. Beliau merupakan peneroka awal Labu, Negeri Sembilan. Kata Tn Syeikh Hj Mohd Faiz bin Tn Syeikh Hj Ahmad, beliau termasuk dalam kalangan waliyUllah. 


Sebelum solat Jumaat sempat ziarah makam Tuan-Tuan Guru yang mulia di Seremban. Al-Fatihah !

Allahua'lam.

Saturday, October 31, 2015

" In Progress. "

Alhamdulillah, dalam kesempitan masa dan bertalu-talu urusan-urusan selainnya satu persatu hampir membuatkan blog ini tidak terusik buat beberapa waktu yang pendek tetapi akhirnya dipeluangkan dapat juga menambah beberapa ruangan terbaru bagi info yang dapat dikongsikan buat masa ini.

Pun begitu, saya masih lagi tidak menulis dengan seberapa cermat dan sebaiknya serta panjang dan cukup menginformasikan pembaca mengenai satu-satu artikel atau perkongsian khususnya berkenaan alim ulama, makam-makam mahupun lain-lain gambar ziarah saya ke tempat atau orang itu. InsyaAllah yang tersebut semua itu saya akan masukkan kemudian apabila lebih bertenaga dalam memikir dan ruang masa yang elok untuk itu. 

Buat masa ini, saya cuma berhajat untuk kongsikan terlebih dahulu foto-foto seperti yang telah dikongsikan dan hanya masukkan info sedikit sebanyak sekadar maklum biasa-biasa sahaja seperti yang anda lihat dalam perkongsian tentang makam-makam ulama' di atas. InsyaAllah seterusnya yang info panjang-panjang dan lebih mendalam itu saya kemudiankan seperti yang disebut di atas. 

--------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, pagi 31 Okt 2015 berkesempatan juga saya menziarahi makam Allahyarham Syeikh Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady di Tanah Perkuburan Islam UIAM, Sg. Pusu, Gombak dan makam Syeikh Muhammad Nor al-Kholidi, Wali Allah tersohor Alam Melayu yang membuka perkampungan Sg Chinchin, sebuah kampung kecil dalam daerah Gombak itu. Juga menemu bual waris beliau. 

Sebelumnya itu sesudah Subuh berpeluang juga, Alhamdulillah menziarahi Guru mulia, Ustaz Othman bin Ahmad bersama sahabat saya, Muhammad A'tif, student Uiam PJ. Ustaz Othman merupakan murid kepada Tn Guru Hj Uthman al-Yunusi (TokGuru Pak Man Bukit Besar) & juga murid kepada Tn Guru Hj Yahya Junid. Beliau kini bertugas sebagai Imam di salah sebuah masjid di Gombak itu. 


Allahua'lam.

Thursday, October 22, 2015

" BismiIllah "

بسم الله الرحمـن الرحيم

Alhamdulillah Syukur kepada Allah, dengan qudrat dan iradat dari-Nya dapat lagi sekali saya menulis setelah hampir 3 tahun tidak post something dalam blog. Kali terakhir saya berbuat demikian adalah pada 7 Jun 2012 dalam blog saya yang lama, sudah tidak lagi aktif - faizalqarni.blogspot.com (tak ingat password blog). Anda boleh klik di link tersebut.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah blog saya di faizalqarni itu masih lagi terus menerus dilawati oleh para muhibbin sekalian dan sekali sekala ada juga bertanyakan stok Poster Ulama' Besar Alam Melayu yang saya ambil dari Tanah Merah, Kelantan itu. Disini, saya maklumkan bahwa poster tersebut sudahpun habis stoknya dan jika betul-betul nak, boleh call Pengerusi Pondok Tahfiz Kg. Padang Bonggor, Tanah Merah yang mengusahakan poster tersebut : ( Ustaz Rusydi : 019-9244157)

Kesempatan blog yang masih baru lagi ni, insyAllah saya cuba meluangkan sedikit sebanyak masa-masa emas yang begitu pantas dalam sehari-hari untuk menambah baik blog ini dan membuat perkongsian yang tak seberapa dari diri yang serba dhaif. InsyaAllah sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Akhirnya, TERIMA KASIH saya untaikan buat para muhibbin, sahabat-sahabat, para kenalan yang sudi 'memperabih' masa untuk jerling-jerling tulisan saya ini dan saya amat harapkan teguran-teguran, feed-back daripada kenalan sekalian buat memperbaiki kelemahan diri saya terutamanya dan seterusnya blog ini baik dari segi perkongsian dan sebagainya.

 Al-Faqir ila Allahil Qowiyy
Muhammad Faiz bin Azmi
Nilai, Negeri Sembilan