Ziarah Ulama' Kedah 9.0

Alhamdulillah, sekitar 3-6 Februari 2015 yang lalu, dengan berkat para masyaikh, ibubapa, dan kawan-kawan sekalian, telah berlangsung dengan jayanya program Daurah & Ziarah Permata Ummah bagi Negeri Jelapang Padi kali ke-9.0 yang sangat istimewa bahkan manfaatnya begitu memberi impak terhadap kehidupan kami.

Sungguh, tak dapat kami tuturkan betapa indahnya memoir itu pada saat keberadaan bersama alim ulama', para solehin yang semestinya mengocak rindu para muhibbin, menenangkan hati para mukminin melihat wajah mereka, bersimpuh di hadapan mereka, apatah lagi mendengarkan kalam mereka, mentatangkan mutiara-mutiara berupa nasihat mereka dan didoakan mereka. Apakah lagi yang terlebih baik selain ini?

Berikut, ini jua beberapa coretan memori yang sangat kami rindui saat-saat tersebut lalu kami abadikannya sebagai sebuah untaian berbentuk kenangan dalam foto tetapi belumlah lagi ianya setanding nikmatnya pengalaman hanya selama beberapa malam tersebut bersama alim ulama', terutamanya melihat, bergurau, bersimpuh dan mendengar dengan penuh teliti akan Guru kami yang mulia, Tn Guru Syeikh Wan Izuddin bin Syeikh Wan Ibrahim dan alim ulama' seangkatan dengan beliau dan sekaliannya yang kami ziarahi kali ini. 



[ Hari Pertama ]
Madrasah Ar-Rahmaniah Pondok Tok Guru Hj Salleh bin Musa, 
Seberang Pekan Sik














Makam Allahyarham Tuan Guru Hj Omar Zuhdi bin Salleh, Parit Panjang





Makam Syuhada' Memali, Parit Panjang



Madrasah Misbahul Falah @ Pondok TokGuru Hj Omar Zuhdi, Lanai







Ziarah 'Arif Billah Syeikh Hasan Tayyib al-Makki, Kg. Asam Jawa



Kenangan sama-sama bina reban arnab di kediaman Syeikh




Tabarruk berkat orang alim.. sememangnya menjadi amalan alim ulama











Syeikhuna Tn Guru Hj Rifaee bin Yaakob, Madrasah Zuhdiah, Charok Salang, Parit Panjang.


Seorang ulama' yang sangat wara' lagi tawaddhuk.. murid kepada Tn Guru Hj Omar Zuhdi. AllahHu.. sesungguhnya memandang kepada wajah Syeikh.. hilang segala duka lara, masalah hidup ini.. 



Kenangan di hadapan Madrasah Zuhdiah, Pondok Tn Guru Syeikh Rifaee.. kira-kira 3 km dari Masjid Omar Zuhdi, Parit Panjang.



Sebelah malamnya, Alhamdulillah dapat berdaurah b'sama Al-Muhaddith Tn Guru Syeikh Hj Wan Izuddin bin Syeikh Wan Ibrahim, Pondok Gajah Mati, Pendang. 

Sepanjang daurah & ziarah selama 4 hari 3 malam ini, Tn Guru Syeikh Wan Izuddin mengizinkan kami bermalam di surau Gajah Mati, berhampiran kediaman beliau. Di surau inilah segala pengajian b'sama beliau diadakan terus menerus sehingga kini. 




 [ Hari Kedua ]
Tabarruk bersih surau Gajah Mati. Berkat tempat ni.



Makam DiRaja Langgar, Jalan Langgar.


Makam Syeikhul Islam Tn Guru Syeikh Wan Sulaiman bin Sidek. Merupakan wali Allah tersohor Alam Melayu yang membawa tareqat Naqsyabandi Mujaddidi di Kedah. Beliau begitu disayangi oleh Sultan Abdul Hamid hingga dimakamkan bersebelahan dengan baginda di Makam DiRaja Kedah. 



Makam Dato' Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil, Masjid Tg. Pauh, Jitra

Dikatakan beliau adalah ayah kepada Syeikh Abdus Somad Falimbangi. Namun, pendapat yang lebih rojih mengatakan beliau datuk kepada ulama' besar alam Melayu itu.


Di samping kanan & kiri ulama' mulia ini, terdapatnya 2 lagi makam yang dikatakan murid beliau. Al-Fatihah !








Ziarah Tn Guru Muhammad Zahir bin Abdul Halim ( Tn Guru Pak Long Zahir ). Beliau merupakan murid kepada Allahyarham Tn Guru Syeikh Hj Zakariyya bin Muhammad Saman, murid & khadam kepada Al-'Allamah Syeikh Abdul Qadir al-Mandili ( Pengarang kitab pondok Penawar Bagi Hati ).



Belek-belek antara kitab milik Tn Guru Muhammad Zahir





Makam 'Allamah Tuan Hussein Kedah, Titi Gajah. Wali Allah Tersohor Alam Melayu. Antara kitab beliau yang mahsyur ialah Hidayatus Sibyan.




Muzium Istana DiRaja, Alor Setar. ( Kediaman Sultan Abdul Hamid )





[ Hari Ketiga ]
Mu'assasah Darul 'Ulum ( KIDU ). Menziarahi Makam Allahyarham Ustaz Fadzil Noor ( YDP PAS ) & Ustaz Azizan bin Abd Razak ( Mantan Menteri Besar Kedah ).






Ziarah Tn Guru Hj Ahmad bin Mohd Nor, ( Tn Guru Pak Teh Mad ) di Padang Terap, Kuala Nerang. 

Beliau merupakan pengasas Maktab Mahmud Padang Terap. Antara guru beliau yang tersohor ialah Syeikh Wan Ibrahim Gajah Mati ( bapa mertuanya ) & Tn Guru Hj Ismail bin Syeikh Abdul Qadir ( Pak Da' Eil Makah ). 



Ziarah Tn Guru Hj Abdullah bin Lebai Samah, Bukit Lada, Pokok Sena.



[ Hari Keempat ]
Makam Allahyarham Tn Guru Tok Ayah Dol, Syeikh Wan Ibrahim, Syeikh Wan Mohd. Shaghir & Guru-Guru, Keluarga Syeikh Wan Izuddin 


Hari Jumaat Yang Barokah. Syeikh Wan Izuddin berdoa panjang lebar di makam moyang dan ayahanda beliau.

Al-Fatihah !


Makam Allahyarham Tn Guru Syeikh Mahmud al-Juani. Guru & abang ipar kepada Syeikh Wan Izuddin.





Setelah beberapa hari kami berteduh di Gajah Mati, daurah & ziarah b'sama Syeikh Wan Izuddin, terasa sedih nak berpisah dengan beliau. Beliau yang saya kenal begitu 'sporting' dengan murid-muridnya walau bertaraf ulama' besar dan berumur lebih 70 tahun. Beliau begitu meraikan murid-murid bahkan sesiapa sahaja yang baharu berkenalan dengan beliau, pasti mudah mesra dengannya. 

Inilah perwatakan seorang ulama' yang menjadikan sesiapa sahaja anak muda pasti akan sangat tertarik hati untuk mengaji, duduk dengan beliau dan menerima dengan mudah nasihat daripada beliau. 



Kenangan di hadapan kediaman Tn Guru Syeikh Wan Izuddin di Gajah Mati.


Kenangan di hadapan Surau Lama Gajah Mati. Dahulunya di sini terdapat lebih ratusan murid yang menadah kitab daripada guru-guru pondok di Gajah Mati, khususnya daripada ulama' tersohor Kedah, Syeikh Wan Izuddin. 


Di surau ini jugalah, Syeikh Abdul Qadir al-Mandili pernah mengaji selama lebih kurang 10 tahun dan kemudiannya berangkat ke Makkah. Sesungguhnya di Pondok Gajah Mati ini, telah lahir ramai ulama' besar alam Melayu.


Sesudah selesai di Gajah Mati, destinasi ziarah kami yang terakhir buat kali ini ialah di kediaman TokGuru Hj Jusoh di Tobiar. Beliau merupakan ulama' tasawwuf tersohor di Kedah, anak didik Allahyarham Tn Guru Hj Omar Zuhdi.

Kemudian, sekitar jam 6:30 petang, kami bertolak balik ke P.Pinang. Selesai sudah Daurah & Ziarah Ulama' Kedah 9.0 b'sama kawan-kawan, adik-adik saya khususnya daripada pelajar-pelajar lepasan SPM 2014 SMKA Al-Irshad & SMKA Al-Mashoor Lelaki, P.Pinang.

Ukhwah FiIllah Mahabbah ila al-Jannah.   

No comments:

Post a Comment