Tokoh Ulama' Termasyhur Negeri Selangor

BismIllah, Alhamdulillah. Beberapa hari lalu pada Sabtu 4 Jun 2016 saya dan sahabat, Che Ahmad Syukri telah ke Sijangkang, Klang. Kami bertolak dari Bandar Baru Nilai pada jam 3:00 petang dan tiba pada jam 4:00 petang menaiki motorsikal. Tujuannya bagi menziarahi makam salah seorang ulama' yang sangat berjasa besar terhadap perkembangan Islam di Negeri Selangor Darul Ehsan khususnya di daerah Klang sekitar awal tahun 1900 masihi. 

Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Kiyai Muhammad Ali Omar bin Haji Qoribun bin Suriyan al-Mentarami, Sijangkang, Klang. 

Pusara beliau terletak di perkarangan hadapan Masjid Jamiul Ehsani dalam kawasan berpagar cantik seperti yang dalam gambar di bawah. Masjid ini besar, cantik dan sangat kemas. Kami difahamkan bahwa masjid ini adalah tapak lama pondok Kiyai Haji Muhammad Ali Omar bin Qoribun suatu masa dahulu. 

Kami cuba untuk menjejak cucu kepada Kiyai Ali Qoribun bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan mentashihkan sedikit sebanyak maklumat yang sudahpun ada pada kami berkenaan tokoh ulama' ini. Pada tanggapan kami mungkin kediamannya bersebelahan masjid ini dan ternyata memang benar beliau tinggal disitu. Namun, isteri kepada En. X (tidak sempat bertanya nama) memberitahu kami bahwa suami beliau agak keletihan seusai pulang dari kenduri. Kemudiannya Puan Z menyarankan supaya kami cari seorang lagi cucunda Kiyai Haji Ali yang bernama Tuan Haji Sani bin Tuan Amir yang tidak jauh dari situ. "Tuan Haji Sani tahu lebih banyak," katanya. 

Kami pun menjejak kediaman yang dimaksudkan di Jalan Bunga Raya kira-kira 5 minit dari Masjid Jamiul Ehsani.      















No comments:

Post a Comment