Makam Ulama' Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang yang dahulunya sedia maklum asalnya adalah sebahagian daripada Negeri Kedah Darul Aman sememangnya tersohor dengan kedatangan ramai para pedagang yang menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa dan tidak penghijrahan alim ulama' ke Pulau Mutiara tersebut. 

Hasil daripada temubual tokoh-tokoh ulama' di Pulau Pinang dan di negeri selainnya serta maklumat-maklumat penting berunsur penulisan, dapatlah kami kumpulkan makam-makam ulama' tersohor mahupun tidak tersohor di Pulau Pinang. Sungguhpun begitu, tidaklah kami katakannya dapat mengumpul semua makam ulama' yang terdapat di Pulau Pinang, tetapi inilah yang setakat ini dapat dikongsikan dan dipersembahkan setakat yang saya pernah sampai di makam itu. 

Dalam list saya ada lagi selebihnya makam ulama' yang terdapat di Pulau Pinang, namun tidak semuanya lagi berkesempatan dapat menziarahi. InsyaAllah pada masa-masa akan datang saya akan menambah lagi di ruangan Makam Ulama' Pulau Pinang ini bagi penambahan makam-makam baru yang saya ziarahi dan yang mana dirasakan sesuai untuk dikongsikan. 

Sebenarnya dalam menjejak makam lama seperti ini, tambahan lagi makam yang hanya disebutkan oleh mulut-mulut penduduk kg. sekitar sebagai makam ulama' yang diperturunkan sejak zaman berzaman tanpa bukti yang kukuh menunjukkan ianya sebenar-benar makam ulama', hendaklah kita berhati-hati akannya supaya tidak tersalah dalam mendakwa makam apatah lagi jika kita tidak mengetahui latar belakang sohibul makam itu dengan absah dan tafsil. Inilah apa yang dipesan oleh Tn Guru kami dalam menziarahi makam.

Di Pulau Pulau ini, kebanyakan makam alim ulama' mahupun seseorang yang dianggap sebagai wali Allah disebut sebagai 'keramat'. Mungkin perkataan ini diambil kerana semasa seseorang itu hidup, beliau dianggap mempunyai banyak keramat / karomah yakni kelebihan-kelebihan tertentu kurniaan Allah ta'ala kepada para waliNya atau hambaNya yang soleh. 

Maka, inilah sedikit sebanyak makam ulama' di Pulau Pinang yang dapat dikongsikan kali ini. Saya tidak berhajat untuk mendetailkan maklumat satu persatu berkenaan makam-makam berikut untuk slot ini, tetapi insyaAllah saya akan buatkan satu ruangan khas bagi maklumat-maklumat makam tersebut berdasarkan informasi yang saya dapat kutip sepanjang secara langsung semasa menziarah makam mahupun sebaliknya, di tempat lain. Saya titipkan ini semua tidak lain hanyalah supaya generasi kini apatahlagi pada masa akan datang, dapat mengenal makam-makam ulama' dan menelusuri kisah hidup mereka sebagai teladan, pedoman dan pastinya di sana terdapat sejumlah pengajaran yang dapat dimamah. InsyaAllah.

Makam 1 :
Tn Guru Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Pertama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
- Masjid Jami'ul Badawi, Kepala Batas -



Makam 2 :
Tn Guru Hj Ahmad bin Tuan Hussin Kedah, Madrasah Khairiah al-Islamiah, Pokok Sena.
- Masjid Jamek Kg. Banggol, Pokok Sena -




Makam 3 :
Wan Muhammad Saleh al-Fathani
- Kg. Sg. Semambu -




Makam 4 :
Sayyidina Kaful Ali @ Kabul Ali
- Lorong Jesselton, Pulau Tikus -








5 comments:

  1. Salam Tuan. Blh x saya nk berhubung dgn Tuan. Saya sgt2 nk tau makam2 waliyullah d Pulau Pinang. Blh Tuan mesej saya d Whatapp 01119420042

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh insyaAllah. 017-9170722 ( Faiz )

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan boleh tak kita muzakarah melalui whatsaap saya perlukan bantuan untuk mencari makam ulama yg berasal dari india yg difahamkan dimakamkan di utara semenanjung malaysia.Ini whatsapp saya 0137818904 harap tuan dapat bermuzakarah dgn saya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan boleh tak kita muzakarah melalui whatsaap saya perlukan bantuan untuk mencari makam ulama yg berasal dari india yg difahamkan dimakamkan di utara semenanjung malaysia.Ini whatsapp saya 0137818904 harap tuan dapat bermuzakarah dgn saya.

    ReplyDelete