Makam Auliya' Negeri Sembilan

Alhamdulillah, dengan berkat para masyaikh, ibubapa dan kawan-kawan yang mendoakan, akhirnya dapatlah saya & sahabat dikasihi, Muhammad Amirul Hakim bin Abd Ghani berkesempatan menziarahi makam-makam ulama' & auliya' di sekitar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sebelum ini, Alhamdulillah kami telah beberapa menziarahi makam Tuan Syeikh Hj Muhammad Sa'id al-Linggi & keluarga beliau yang mulia di Seremban. Cuma kali ini, kami berhasrat untuk menziarahi makam-makam ulama' dan auliya' lain yang lebih jauh sedikit. Maka, dengan kudrat dan iradat Allah, pada hari Sabtu, 21 Mac 2015 yang lalu, Allah ta'ala memperkenan doa kami dan segala urusan pada hari tersebut menjadi sangat mudah dan berjalan dengan lancar.

Semua ini dengan berkat auliya' yang diziarahi, terutamanya daripada Guru kami yang mulia, Tuan Guru Syeikh Hj Mohd Faiz bin Tuan Syeikh Hj Ahmad bin Tuan Syeikh Hj Muhammad Sa'id al-Linggi yang saya terlebih dahulu meminta keizinan dan doa daripada beliau setiap kali sebelum menziarahi mana-mana makam di Negeri Sembilan. Daripada beliau jugalah saya banyak mendapat info tentang makam-makam di Negeri Sembilan dan sebuah makam istimewa di Negeri Kedah yang mana kebanyakan makam ini ada bersangkut paut dengan beliau dari sudut kekeluargaan.

Berikut, saya al-faqir wal haqir kongsikan beberapa cebisan foto makam-makam auliya' yang terdapat di N9 dan niat saya hanyalah tidaklah lain selain untuk mengetengahkan ulama' & auliya' yang kian kita lupai akan jasa, pengorbanan, mujahadah dan ketinggian akhlak mereka serta keperibadian mereka yang sangat baik kita ambil iktibar dan mudah-mudahan dengan selalu kita ini menyebut-nyebut nama orang-orang soleh seperti mereka ini, dengan selalu menceritakan tentang kebaikan mereka, mujahadah mereka, moga-moga kita pun termasuk dalam kalangan orang yang mencintai & dicintai oleh Allah, asbab daripada kita mencintai orang yang mencintai dan dicintai oleh Allah.


Masjid Jamek Dato' Bandar Hj Ahmad, Rasah. 


Terletak di bawah jambatan. kira-kira 1 km dr Madrasah Sayyidiah, Pusat Pengamalan Tareqat Ahmadiah Idrisiah Rasyidiah Dandarawiah.

Mengikut sejarah, kiblat masjid ini ditentukan oleh Sidi Tn Syeikh Hj Mohd Said al-Linggi melalui kasyaf beliau yg nampak terus arah ke Baitullah al-Haram. Ini seperti mana yang diceritakan oleh Dato' Syeikh Murtadza bin Syeikh Hj Ahmad, mantan Mufti Negeri Sembilan. 


Sila klik di sini untuk tonton video tersebut.

Masjid yg sgt berkat ini juga, terletaknya makam Dato' Hj Ahmad & telaga mata air di belakangnya.



Sudut dalam Masjid



Makam al-Marhum Dato' Bandar Hj. Ahmad



Kata Guru kami, beliau adalah salah seorang wali Allah




Kemudian kami bertolak ke Kg. Siliau untuk menziarahi Ustaz Mohshin, anak kepada Allahyarham Tn Guru Hj Ali Siliau. Namun tidak kesampaian kerana beliau telah pun meninggal dunia 2 minggu sebelum itu. 

Allahyarham Ustaz Mohshin sememangnya beliaulah yang meneruskan legasi Allahyarham Tn Guru Hj Ali Siliau di Madrasah Riyadhul Falihin / Yayasan Haji Ali sebelum ini.

Alhamdulillah, kami bertemu dengan isteri Ustaz Mohshin dan mendapatkan sedikit sebanyak info berkenaan Allahyarham Ustaz Mohshin dan Allahyarham Tn Guru Ali Siliau khususnya kedudukan makam mereka memandangkan ini baru kali pertama kali menjejak makam ulama' tersebut.  


Yayasan Haji Ali ini terletak betul-betul dihadapan kediaman Allahyarham Ustaz Mohshin di Kg. Siliau



Makam Tn Guru Hj Ali Siliau dan anakandanya, Ustaz Mohshin terletak di tanah perkuburan Masjid Kg. Linsum

Perkarangan Masjid Kg. Linsum



Gambar-gambar Allahyarham Tn Guru Syeikh Hj Ali Siliau. Ulama' besar yang merupakan murid kepada Tn Syeikh Hj Ahmad bin Tn Syeikh Hj Said al-Linggi ini tersohor dengan kealimannya dalam bidang nahwu. 

Cerita salah seorang murid beliau, Wan Bahruddin Al-Ahmadi (rujukan : FB) - Allahyarham Tn Guru tidak mempunyai telefon mahupun membaca surat khabar tetapi beliau mengetahui dengan baik perkembangan semasa. Begitu juga, beliau sama sekali melarang murid-muridnya minum Coca-Cola/Coke yang merupakan produk Yahudi itu. Juga, beliau dikatakan hanya makan nasi putih dan tidak mengamalkan makan kicap serta makanan berwarna hitam. Allahua'lam.

Untuk biografi lengkap beliau, klik disini.

Inilah pusara beliau yang mulia dari sebelah kaki. Diceritakan pada malam kewafatan beliau, berlaku hujan yang sangat lebat dan beberapa lagi perkara aneh yang menandakan beliau ini seorang yang istimewa di sisi Allah ta'ala. Sesetengah ulama' mengatakan beliau wali Allah. 

Al-Fatihah !

Seterusnya kami menziarahi Makam Tn Syeikh Hj Jamaluddin bin Syeikh Hj Idris yang tidak seberapa jauh dari makam Tn Guru Hj Ali. Jika datang dari Kg. Siliau, lorong ke makam ini terletak di sebelak kanan.


Masjid lama yang sangat unik. Ini salah sebuah masjid istimewa yang saya pernah sampai di Negeri Sembilan. Terdapat disekelilingnya beberapa kuburan dan meriam yang tersusun indah.

Pintu Gerbang makam Tn Syeikh Hj Jamaluddin ini terletak bersebelahan masjid tadi. 

Laluan kecil yang meniti ke makam Syeikh Hj Jamaluddin
Keadaan makam Syeikh Hj Jamaluddin semasa mula-mula kami sampai, sebelum dibersihkan. 

Beliau merupakan ayah kepada wali Allah tersohor Alam Melayu, Tn Syeikh Hj Muhammad Sa'id al-Linggi yang mengajar di Masjidil Haram dan bertareqat dengan Tareqat Ahmadiah. Untuk lebih lanjut, klik disini. 
Al-Fatihah !




Sesudah itu kami bergerak ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas bagi menziarahi Makam Syeikh Ahmad Majnun @ Keramat Sg. Udang yang terletak kira-kira 2 km daripada Makam Syeikh Jamaluddin. Selepas simpang kiri dari simpang tiga Linggi tersebut, kita akan perasan papan tanda kompleks sebelah kanan selepas deretan kedai-kedai cina yang tak seberapa banyak.



Keris besar dan sedikit info dari Tourism Malaysia berkenaan Keramat Sg Udang ini


Apa yang tertulis adalah seperti berikut:

KERAMAT SUNGAI UDANG, PORT DICKSON, 
NEGERI SEMBILAN
Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pengkalan Kempas. Syeikh Ahmad Majnun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan dimakamkan disini.

Makam Syeik Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan kepada inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebai seorang Wali. Batu megalit atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'batu hidup'. Dipercayai batu megalit telah wujud sejak abad ke 2 dan ke 3.
Pemandangan Keramat Sg Udang daripada sisi keris besar tadi
Terdapatnya papan peringatan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan supaya para pengunjung tidak melakukan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan syarak.


Maklumat lebih tafsil bersangkut paut makam ini, eloklah di rujuk kepada link yang berikut:

Link 1 Link 2 - Link 3 - Link 4 - Link 5






Kira-kira jam 6:30 petang, Alhamdulillah kami berkesempatan ke Kg. Kuala Talang, Kuala Pilah untuk menziarahi makam seorang lagi wali Allah tersohor di Malaysia, Tuan Tulis atau nama sebenar beliau, Haji Ismail bin Hussein. Inilah makam terakhir untuk ziarah kami pada kali ini, selama seharian berjalan.

Atas kesempatan sangat berharga ini, saya sempat menemu bual beberapa orang kampung tentang biografi tambahan Tuan Tulis & menziarahi yang dikatakan kediaman asal Tuan Tulis yang kemudiannya sekarang ini didiami oleh waris beliau. 

Saya juga sempat bertemu dengan En. Ramli, pemegang kunci makam Tuan Tulis & Imam serta siak Masjid Tuan Tulis ini untuk mendapatkan sedikit sebanyak lain-lain info berkenaan. Kami berada di makam ini lebih kurang 2 jam, kemudiaannya bertolak balik sesudah solat Maghrib berjemaah disini.



Bangunan makam Tuan Tulis yang terletak bersebelahan dengan Masjid tersebut. Makam ini dibuka setiap hari dan tidak berkunci melainkan hanya pagar makam di dalamnya hatta pada waktu tengah malam sekalipun boleh lagi diziarahi. 


Kenangan di hadapan makam Tuan Tulis yang mulia. Sebenarnya tatkala ini saya teringatkan Guru saya, Tn Syeikh Sayyid Zainul bin Akob, salah seorang orang soleh yang mastur tinggal di Negeri Kedah Darul Aman yang berketurunan Tn Syeikh Muhammad Said al-Linggi. Beliaulah yang mengaspirasikan kepada saya supaya menziarahi Makam Tuan Tulis memandangkan saya ini penuntut ilmu di Negeri Sembilan ( USIM, Nilai ) dan belum pernah lagi menziarahi makam ini sebelum ini. 

Pagar ini baharu dipasang sejak kebelakangan ini sahaja dan ianya berkunci begini. Jika tidak, sesiapa pun boleh masuk pada bila-bila masa. Kini, ianya dikunci dan hanya Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dan individu yang mendapat izin khas daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan sahaja yang dibenarkan masuk.

                                                           Al-Fatihah !



2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan. Sumbangan derma untuk asnaf fakir miskin. Para dermawan yang budiman. Anda boleh menderma ke akaun maybank orang daif.

    Nama: Adila Bin Suboh
    Nombor Akaun: 151089317354

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Wrh. InsyaAllah. Syukran

      Delete