Jaulah Negeri Perlis 2015


Alhamdulillah, pada tarikh 8 February 2015 yang lalu, kami sempat menjenguk ke Negeri Perlis Darul Sunnah bagi menziarahi beberapa sesepuh ulama' yang tinggal di sana. 

Jaulah selama hanya sehari itu tentulah tidak dapat kami menziarahi keseluruhan ulama' berada di sana, tetapi Alhamdulillah dengan pertolongan Allah, kami dipertemukan dengan Dr. Hisyam bin Hasyim yang tinggal di Kaki Bukit, Perlis itu sudi bawa kami menziarahi para masyaikh di sana.

Sungguhpun hanya 2 orang ulama' yang sempat kami ziarahi sepanjang seharian tersebut, namun segala kenangan, pengalaman, nasihat ulama' sepanjang jaulah tersebut sangat memberi impak kepada kami khususnya al-faqir sendiri dan yang pastinya, sememangnya saya sangat teringin untuk ke sana sekali lagi bagi menziarahi semula guru-guru yang diziarahi kali ini dan para masyaikh yang lain khususnya Habib Soleh bin Alwi bin Mohd al-Attas yang sangat kami teringin sekali untuk menadah untaian emas berupa kalam nasihat & ijazah tidak ternilai harganya daripada beliau.

Gambar-gambar di bawah ini, saya paparkan khas buat para muhibbin sebagai tanda ukhwah sesama kita & khususnya kecintaan kita kepada alim ulama'.


Tn Guru Syeikh Hj Ahmad Yusuf al-Kholidi. Batu Dua, Jalan Kaki Bukit. ( Beliau telah kembali ke rahmatUllah beberapa bulan lalu... al-Faatihah )



Habib Muhammad

No comments:

Post a Comment