Jaulah Negeri Perak 2015

Alhamdulillah, segala puji khusus buat Allah ta'ala yang mengkabulkan hajat bagi orang-orang yang berhajat dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Rasul terakhir kekasih yang paling dikasihi oleh Allah ta'ala dan menjadi wajib atas kita mengasihinya juga. Amma ba'adu.

Syukur kepada Allah, pada 10 & 11 Februari 2015 yang lalu saya bersama Saudara Syuhairi @ Muhammad al-Fandani dari Tanah Merah, Pendang serta adik saya, Muhammad Hafizuddin dapatlah kami bermusafir ilmiah ke negeri Perak Darul Ridzuan selama 2 hari 1 malam. 

Tujuan asal jaulah ini adalah untuk bersua muka, menziarahi Syeikh Hj Abdullah bin Ahmad Ridzuan al-Mandailing yang sudah agak beberapa sekian masa kami mendengar namanya disebut-sebut dan dititip dari orang-orang yang sudah bertemu beliau. Apa yang membuatkan kami berkorbar-korbar untuk menziarahi beliau adalah kerana dikatakan beliau murid kepada Musnid Dunya Syeikh Yasin bin Isa al-Fadani dan sememangnya benar akan hal tersebut. Ini, kami tahqiq dengan beliau sendiri.

Dalam musafir ini, Alhamdulillah kami turut berkesempatan menziarahi beberapa makam alim ulama' dan tokoh-tokoh tertentu dalam negara kita sebagai tanda sokongan kami kepada perjuangan dan ajaran mereka disamping mengenang jasa besar mereka yang ditaburkan kepada ummat Islam, khususnya.



Dalam perjalanan menuju ke Ipoh, kami singgah sebentar di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar




Antara masjid tercantik di Malaysia. Seni binanya yang begitu halus membuatkan sesiapa pun pasti terpesona


Makam DiRaja Bukit Chandan

 Menziarahi makam Syeikh Dato' Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Beliau merupakan khalifah Tareqah Naqsyabandi Haqqani bawah pimpinan Syeikh Nazim Haqqani yang mulia. Seorang yang alim dan sangat warak.

Al-Fatihah !


Di salah satu sudut dari Makam DiRaja Bukit Chandan. B'sama Saudara Syuhairi yang banyak membantu sepanjang jaulah kali ini.

Baitul Anor. 
Rumah yang dibina khas oleh Raja Kecil Sulung Perak Raja Harun al-Rasyid pada tahun 1912.

Makam Syeikh Mohamad Idris al-Marbawi, Lubuk Merbau. Agak ke dalam sedikit dari jalan utama selepas simpang kiri. Kena tanya orang.


Laluan ke makam Syeikh Idris al-Marbawi

Al-Fatihah !



Seterusnya, kami sampai di Masjid Muhammadiah @ Masjid Cina yang terletak di Tasek Jaya Ipoh. Istirahat seketika.








Sahabat yang banyak membantu untuk bertemu Ustaz Abdullah. Beliau salah seorang murid Ustaz semasa menuntut di SMKA Izzuddin Shah, Ipoh.


Dalam perjalanan balik ke P.Pinang. Di sini terdapatnya beberapa makam tokoh negara kita.


Makam Dr. Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, Mantan YDP Parti Islam Se-Malaysia.

Al-Fatihah !



Allahyarham Tn Guru Dato' Hj Muhammad Saman bin Muhammad Khan. Syeikh Mursyid Tareqat Sammaniyah Malaysia.

Al-Fatihah !




Makam Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim. Mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Al-Fatihah !


TAMAT Jaulah Perak Siri 1.

10 & 11 Feb 2015

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment