Friday, November 27, 2015

Beberapa Kenangan 10 - 27 Nov 2015

Alhamdulillah pada cuti mid-sem yang lalu dengan izin Allah dapatlah jua saya bersama adik, Muhammad Hafizuddin menziarahi Baba Hj Ahmad Azahari Gulau pada petang 10 Nov. Pertemuan yang tidak dirancang oleh kami tetapi sememangnya takdir Allah pada azali itu amatlah bermakna lagi menggembirakan hati kami.




Baba Hj Ahmad Azhari Gulau. Kata Baba, namo ambo cuma Azhari tapi ambo tamboh Ahmad di depan sebab nok tabarruk dengan nama Nabi. Dalam pertemuan lebih sejam, sempat kami tabarruk Tareqat Ahmadiah daripada Babo yang beliau terima daripada Syeikh Hj Daud Bukit Abal. Kami membaca aurad Tareqat Ahmadiah tersebut di hadapan beliau & Babo mensyarahkannya serba sedikit. Antara nasihat Babo, akhir zaman ni kena banyak beramal smada dengan zikir khas (tareqat) mahupun am. 


[ Khamis, 12 Nov. ]
Tabarruk doa daripada Tn Guru Syeikh Hj Ahmad bin Tuan Hussein Kedah al-Banjari melalui ijazah daripada Ustaz Hj Haroon @ Pak Su Hj Haroon merupakan murid kepada mantan Mudir Madrasah Khairiah Islamiah yang tersohor tersebut.


[ Jumaat 13 Nov. ] 
Ziarah mahabbah 'Arif Billah Syeikh Hasan Tayyib al-Makki, murid Pak Da' Eil Makkah, Syeikh Hasan Masysyat dan lain-lain. InsyaAllah akan saya sediakan satu slot khas memuatkan segala nasihat alim ulama' yang diziarahi bersesuaian dikongsikan pada umum dengan izin tuan-tuan guru.



[ Sabtu, 14 Nov. ]
Bawa adik-adik saya, Muhammad Fawwaz & Muhammad Fauzan menziarahi ulama' tua di PPinang, Dato' Syeikh Abdullah al-Bukhary dan beberapa makam ulama' di sana.



Ziarah Makam Syeikh Omar Basheer, mursyid Naqsyabandi Kholidi yang tersohor suatu masa dahulu. Makam tercantik di Pulau Pinang ini terletak di Kg. Pertama, Jalan Ayer Itam.


Ziarah Makam Sayyidina Kaful Ali @ Kabul Ali. Menurut riwayat, beliau seorang soleh berasal daripada Afghanistan.


[ 21 & 22 Nov. ]
Daurah Kitab 'Untukmu Bidadari' : Perbahasan Mengenai Haid, Istihadhah & Nifas yang disyarahkan dan ijazah oleh Ustaz Ashiq Elahi bin Mat Desa daripada Ma'ahad AL-Fathoni, Bukit Kobah. Beliau terima syarah dan ijazah kitab itu daripada Kiyai Syeikh Hj Muhammad bin Abdul Qadir daripada Kediri, Indonesia.


Ustaz Aizuddin selaku wakil daripada Institut Penerangan dan Penyelidikan Kajian Fatwa Sedunia (INFAD) berkenan memberi cenderamata kepada Ustaz Ashiq. Sememangnya program ini merupakan anjuran Pelajar Tahun 2 Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM bersama INFAD. Ahamdulillah.



Dibelakang saya, Farid Wajdi selaku Pengarah program Daurah Kitab 'Untukmu Bidadari' selama dua hari tersebut.


Sebahagian ahli team yang menjayakan program kali ini. JazakumUllah !


[ Jumaat 27 Nov. ]

Menziarahi Makam Tok Botok atau nama sebenarnya ialah Tok Sheikh Mohamad. Beliau merupakan peneroka awal Labu, Negeri Sembilan. Kata Tn Syeikh Hj Mohd Faiz bin Tn Syeikh Hj Ahmad, beliau termasuk dalam kalangan waliyUllah. 


Sebelum solat Jumaat sempat ziarah makam Tuan-Tuan Guru yang mulia di Seremban. Al-Fatihah !

Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment