Saturday, October 31, 2015

" In Progress. "

Alhamdulillah, dalam kesempitan masa dan bertalu-talu urusan-urusan selainnya satu persatu hampir membuatkan blog ini tidak terusik buat beberapa waktu yang pendek tetapi akhirnya dipeluangkan dapat juga menambah beberapa ruangan terbaru bagi info yang dapat dikongsikan buat masa ini.

Pun begitu, saya masih lagi tidak menulis dengan seberapa cermat dan sebaiknya serta panjang dan cukup menginformasikan pembaca mengenai satu-satu artikel atau perkongsian khususnya berkenaan alim ulama, makam-makam mahupun lain-lain gambar ziarah saya ke tempat atau orang itu. InsyaAllah yang tersebut semua itu saya akan masukkan kemudian apabila lebih bertenaga dalam memikir dan ruang masa yang elok untuk itu. 

Buat masa ini, saya cuma berhajat untuk kongsikan terlebih dahulu foto-foto seperti yang telah dikongsikan dan hanya masukkan info sedikit sebanyak sekadar maklum biasa-biasa sahaja seperti yang anda lihat dalam perkongsian tentang makam-makam ulama' di atas. InsyaAllah seterusnya yang info panjang-panjang dan lebih mendalam itu saya kemudiankan seperti yang disebut di atas. 

--------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, pagi 31 Okt 2015 berkesempatan juga saya menziarahi makam Allahyarham Syeikh Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady di Tanah Perkuburan Islam UIAM, Sg. Pusu, Gombak dan makam Syeikh Muhammad Nor al-Kholidi, Wali Allah tersohor Alam Melayu yang membuka perkampungan Sg Chinchin, sebuah kampung kecil dalam daerah Gombak itu. Juga menemu bual waris beliau. 

Sebelumnya itu sesudah Subuh berpeluang juga, Alhamdulillah menziarahi Guru mulia, Ustaz Othman bin Ahmad bersama sahabat saya, Muhammad A'tif, student Uiam PJ. Ustaz Othman merupakan murid kepada Tn Guru Hj Uthman al-Yunusi (TokGuru Pak Man Bukit Besar) & juga murid kepada Tn Guru Hj Yahya Junid. Beliau kini bertugas sebagai Imam di salah sebuah masjid di Gombak itu. 


Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment